Tuesday 11 February 2014

KEM MINDA SIHAT (SESI 2013)





TEMPAT: KEM DARUL HANAN KG.TOK SELEHOR

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2014


Majlis Pengurusan Sekolah (EXCO)


Atas dari kiri       : Pn. Zunati, YM Tg. Noorasiah, Pn. Hjh Rozita.
Bawah dari kiri   : Pn. Hjh Zainu, Tn. Hj. Abdullah Sani, En. Ilmin.





Wednesday 5 February 2014

PROFIL SEKOLAH




 
                             MAKLUMAT ASAS SEKOLAH









SEKOLAH  MENENGAH  KEBANGSAAN KADOK
16450 KOTA BHARU,
KELANTAN
(SEMENKA)
Tel : 09-7123071
Fax : 09-7123072
Web site : http//semenka.edu,my

PTJ : 526501
KOD SEKOLAH : DEA 1124
GRED SEKOLAH : A
KATEGORI SEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH LUAR BANDAR

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Kadok ditubuhkan pada 01 Januari 1965. Namanya diberi mengikut nama tempat serta diambil sempena gelaran pahlawan dan pembesar Melayu terkenal semasa pemerintahan Sultan Muhammad I iaitu Dato’ Kaya Hulubalang Kadok atau nama sebenarnya Haji Abdullah.       
Pada peringkat permulaan, sekolah ini menumpang di Sekolah Kebangsaan Kadok di mana sesi persekolahannya adalah pada sebelah petang,  dengan nama Sekolah Menengah Rendah Kadok sehingga ke pertengahan tahun 1976. Pada September, 1976 sekolah ini berpindah ke bangunannya sendiri yang terletak di kilometer 16, Jalan Kuala Krai - Kota Bharu. Peringkat awal penubuhan sehingga tahun 1977, pelajar sekolah ini terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga 3 sahaja. Mulai tahun 1978, tingkatan empat aliran sastera mula dibuka dan sekolah ini dinaik taraf menjadi Sekolah Menengah Kadok Gred C. Persekolahan dari tahun 1977 hingga September 1982 dilaksanakan dalam dua sesi sehinggalah pada awal Oktober 1982 sesi persekolahan hanya sesi pagi sahaja dengan siapnya bangunan tambahan yang dibina.
Pada tahun 1982, sekolah ini dinaik taraf kepada Gred B. Pada tahun 1984, tingkatan empat Aliran Sains Tulen dibuka di sekolah ini.  SMK Kadok dinaiktaraf ke sekolah gred A pada tahun 2002.
                SMK Kadok menerima pelajar-pelajar sekolah salurannya yang rasmi iaitu SK Kadok, SK Beta Hulu dan SK Kubang Kiat.
                Nama-nama pengetua yang telah dan sedang berkhidmat di sekolah ini ialah :
1.       Hj. Hamzah b. Hj. Mahmood
(01.01.1965– 31.08.1972)
2.       Hj. Omar b. Ismail (01.01.1973 – 31.12.1979)
3.       Hj. Muhammad b. Musa (1979 – 1992)
4.       Hj. Ariffin b. Abdul Rahman
(01.05.1992 – 14.05.1998)
5.       Hj. Mat Daud b. Ibrahim (1998 – 1999)
6.       Hj. Jaafar b. Husin (1999 – 2002)
7.       Hj. Mohd Fauzi b. Mat Yaacob
(01.01.2003 –16.01.2007)
8.       Pn. Hjh. Mazenah bt. Mohamed
(29.01.2007 – 01.09.2008)
9.       Pn. Hjh. Hasiah bt. Yusoff
(08.01.2009 – 06.03.2011)
10.    Tn. Haji Abdullah Sani b. Yahaya
(10.03.2011 – 2013)
11. Pn Hjh Masdiyah bt Jemain
(2013 - kini)
ASPEK KEBITARAAN

  1. Kecemerlangan Mata pelajaran Kemahiran Hidup
  2. Kecemerlangan Mata Pelajaran Geografi
  3. Permainan Pentaque
  4. Wau

KURSUS YANG DITAWARKAN

  1. Aliran Perdana
  2. Aliran Khas
  3. Aliran Vokasional
(MPV: KT & LN, PAV)





KEGIATAN KOKURIKULUM

A.      BADAN BERUNIFORM

1.        Kadet Polis
2.        Kaset Bomba
3.        Kadet Remaja Sekolah
4.        Pengakap
5.        Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
6.        Puteri Islam
7.        Tae Kwan Do
8.        Pandu Puteri

B.       PERSATUAN / KELAB

PERSATUAN/KELAB AKADEMIK

1.        Bahasa Melayu                    
2.        Bahasa Inggeris
3.        Sejarah & Geografi             
4.        Matematik & Sains
5.        Seni Visual                           
6.        Landskap & Nurseri
7.        Katering & Penyajian        
8.        Kemahiran Hidup
9.        Pendidikan Islam                               
10.     Prinsip Akaun, Ekonomi Asas & Perdagangan

PERSATUAN/KELAB NON AKADEMIK

1.        Usahawan Muda & Koperasi
2.        Pengguna
3.        Kesihatan
4.        Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
5.        Pencegahan Jenayah & Rakan Cop
6.        Setia Negara
7.        Kelab Pelancongan
8.        Kelab Taranum Al-Quran
9.        Teknologi Maklumat (ICT)

KELAB KEBUDAYAAN

1.        Dikir Barat
2.        Nasyid
 
C.      SUKAN (PERMAINAN & OLAHRAGA)
1.        Bola Sepak                           
2.        Badminton
3.        Bola Jaring                           
4.        Sepak Takraw
5.        Bola Tampar                        
6.        Petanque
7.        Congkak                              
8.        Ping-Pong
9.        Olahraga

D.      PASUKAN RUMAH SUKAN

1.        Rumah Inspira
2.        Rumah Iris
3.        Rumah Axia
4.        Rumah Alza

MAKLUMAT STAF

1.  TENAGA PENGAJAR :

      KATEGORI             JUMLAH

1.   PPPS/DG 52                    3
2.   PPPS/DG 48                    17
3.   PPPS/DG 44                    26
4.   PPPS/DG 41                    9
5.   PPPLD/DGA 34             1
6.   PPPLD/DGA 32             5


 
                 JUMLAH             61


2.  STAF SOKONGAN

1.   K.P.T. (N22)                    1
2.   Pem. Tadbir (N22)         1
3.   Pem. Tadbir (N17)         1
4.   Pem. Makmal (C22)      2
5.   Pem. Makmal (C17)      3
6.   P.A.P. (N4)                      6
                7.   Pem. Am Pejabat (N1)   2
8.   P.R.A. (R4)                       1

                JUMLAH               17



MAKLUMAT PELAJAR

Tingkatan         Bil. Kelas        Bil. Pelajar

         1                       5                       156
         2                       5                       148
         3                       5                       115                                
         4                       5                       132
         5                       5                       104

JUMLAH               25                      655